Wednesday, May 1, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lebih $60,000 disumbangkan untuk DANA

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL– Hampir 80 individu daripada Persatuan FuZhou Shiyyi yang terdiri dari syarikat perniagaan dan individu persatuan telah berjaya mengumpul sebanyak $66,339 untuk disumbangkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) pada majlis penyampaian yang berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Pada majlis tersebut, kesemua sumbangan telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA bagi pihak DANA.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DANA. Sehubungan itu, dengan adanya sumbangan berkenaan, DANA sangat menghargai sokongan dan derma daripada para dermawan bagi sama-sama membantu dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menerima sumbangan bagi DANA daripada Jackson Ting Jack Hing. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...