Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Panggilan ‘baby’ demi wujudkan keserasian

    Keserasian lakonan Hisyam Hamid dengan Scha Elinnea dalam drama siri popular berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan mendapat perhatian penonton.

    Menurut Hisyam yang memainkan watak sebagai Farel, dia sendiri yang meminta Scha untuk memanggilnya dengan panggilan ‘baby’ atau ‘b’ ketika berada di set penggambaran.

    Panggilan itu tidak digunakan di luar set, pelakon berusia 37 tahun itu menjelaskan ia bertujuan untuk mewujudkan keserasian mereka untuk membawa watak sebagai suami isteri.

    “Saya sendiri yang suruh Scha panggil ‘b’ atau ‘baby’ ketika di set penggambaran. Sebab nak wujudkan keserasian, supaya bila penonton tengok, nampak natural panggilan itu.

    “Tapi panggilan itu bukan sebab saya nak menggatal dengan dia. Kami memang rapat di set, dah selalu berkongsi masalah tetapi semua itu bertujuan untuk dapatkan keserasian.

    Hisyam dan Scha guna panggilan ‘baby’ hanya untuk di set Kerana Aku Isteri Bidaan. – Agensi

    “Lagipun isteri saya pun tahu perkara itu. Cuma bila di luar set, tak ada la Scha nak panggil saya dengan panggilan tersebut,” kata Hisyam kepada mStar.

    Hisyam ditemui ketika majlis pelancaran Fiesta TV3 di Sri Pentas Media Prima, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Drama lakonan Hisyam dan Scha turut dibintangi oleh Silfeny Osman, Wanns Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan serta ramai lagi.

    Dalam pada itu, Hisyam turut menjelaskan mengenai babak-babak aksi mesra dengan Scha yang dianggap tidak keterlaluan.

    “Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okey, kita buat. Tapi kalau babak yang keterlaluan itu sudah tentu saya tidak akan lakukan.

    “Bergantung juga kepada pengarah yang mana babak sesuai atau tidak. Sebab saya tahu, babak mesra itu sensitif, mungkin ada penonton suka dan benci.

    “Saya akan lakonkan babak ikut kesesuaian. Macam mana pun, tetap ada juga batasan, tak boleh keterlaluan,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...