Pelakon dan penyanyi solo dari Korea Selatan, Park Ji Hoon, mengumumkan akan membuat penampilan semula dengan sebuah album terbaharu pada bulan September.
Maroo Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan, “Park Ji Hoon kini sedang membuat persiapan dengan album terbarunya yang akan dikeluarkan pada bulan September.”
Album terbaharu ini menjadikan penampilan semula Park Ji Hoon dalam tempoh 11 bulan sejak memperkenalkan album mini kelimanya bertajuk HOT&COLD dengan tajuk Serious pada bulan Oktober tahun lepas.
Selain menjadi seorang penyanyi yang berjaya, Park Ji Hoon juga pernah berlakon dalam drama I Love Revolution dan At a Distance Spring is Green. – Agensi
