Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Peningkatan paras laut ancam Pulau Parris

    PULAU PARRIS, SELATAN CAROLINA – Peningkatan paras laut mengancam salah satu tapak ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang paling terkenal, di mana ratusan rekrut dilatih menjadi anggota marin setiap tahun di antara paya air masin di wilayah Lowcountry di Selatan Carolina.

    Menurut Stesen Pengambilan Kor Marin ‘analisis daya tahan’ yang dibiayai oleh Jabatan Pertahanan yang diterbitkan bulan lalu, Pulau Parris amat terdedah kepada banjir, hakisan pantai dan kesan lain perubahan iklim. Sementara itu, beberapa saintis menjangkakan menjelang 2099, tiga perempat dari pulau tersebut mungkin tenggelam semasa air pasang setiap hari.

    Pegawai tentera berkata mereka yakin boleh mengekalkan pengkalan Kor Marin kedua tertua buat masa ini, meskipun perubahan berskala kecil kepada projek infrastruktur yang sedia ada.

    Mejar Marc Blair, Pengarah Alam Sekitar Pulau Parris, menyifatkan stategi itu sebagai ‘art of the small,’ ungkapan yang dikaitkannya dengan pengkalan pemerintah jeneral, Brigedier Jeneral Julie Nethercot. Realitinya, ini melibatkan dalam penambahbaikan pembetung, walau bagaimanapun, ia mampu menghalang pembangunan di kawasan rendah dan termasuk langkah kalis banjir ke dalam memperluaskan padang latihan menembak.

    Sementara itu, para advokat yang lain menggesa dalam pilihan yang jauh lebih besar dan mahal seperti mendirikan tembok laut besar di sekeliling kemudahan tersebut atau memindahkan tapak latihan Kor Marin jauh dari pantai sepenuhnya.

    Pulau Parris telah memainkan peranan penting dalam sejarah ketenteraan dan budaya popular sebagai tempat latihan untuk marin yang telah berkhidmat dalam setiap pertempuran besar sejak Perang Dunia Pertama, bersama-sama dengan Depot Rekrut Kor Marin di San Diego, kekal sebagai kemudahan latihan yang penting. Walau bagaimanapun, kejadian air pasang terbukti menjadi musuh yang lebih kuat.

    Mejar Marc Blair bercakap dengan Pengurus Sumber Asli, John Holloway Jr di pejabatnya. – AP
    Terumbu tiram semula jadi dan paya air masin yang mengelilingi kebanyakan Depoh Pengambilan Kor Marin. – AP
    Stesen janakuasa yang baharu dibina untuk menahan ribut akibat taufan dan cuaca buruk yang lain. Pulau tersebut sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim, pakar memberi amaran, dengan beberapa saintis mengunjurkan bahawa menjelang akhir abad ini, tiga perempat dari pulau berkenaan boleh dibanjiri di bawah air pasang setiap hari. – AP

    Menurut Kesatuan Saintis Prihatin, kawasan rendah di pulau tersebut dan stesen udara Kor Marin berhampiran sudah mengalami banjir kira-kira 10 kali setahun, dan menjelang 2050, kawasan yang sedang dilanda banjir dalam kedua-dua pangkalan berkenaan boleh mengalami banjir pasang surut lebih daripada 300 kali setiap tahun dan ditenggelami air hampir 30 peratus dalam setahun jika berlakunya senario yang paling ekstrem.

    Selama beberapa dekad, laporan ketenteraan telah menyatakan kebimbangan mengenai perubahan iklim terhadap keselamatan negara di mana kejadian kebakaran hutan, taufan dan banjir memaksa pemindahan dan pangkalan yang musnah. Menurut dokumen Pentagon yang dikeluarkan pada musim luruh yang lalu selepas Presiden Joe Biden mengarahkan agensi persekutuan untuk merombak pelan ketahanan iklim mereka, Jabatan Pertahanan kini mempunyai “pendekatan komprehensif untuk membina pemasangan sedia iklim,” memetik kajian adaptasi dan daya tahan Pulau Parris.

    Hari yang lebih lembap dan panas mungkin mengehadkan latihan ketenteraan di luar bangunan. Menurut Cawangan Pengawasan Kesihatan Angkatan Tentera, lebih 500 orang di Pulau Parris mengalami strok haba dan keletihan haba antara 2016 dan 2020, meletakkan pangkalan tersebut antara 10 tapak tentera AS teratas yang mengalami masalah berkaitan haba panas.

    Semua latihan yang diadakan di Pulau Parris secara teknikal boleh dipindahkan di tempat lain di wilayah yang lebih sejuk dan kering, menurut Brigedier Jeneral Stephen Cheney, yang berkhidmat sebagai jeneral pemerintah dari 1999 hingga 2001.

    Tetapi, menurut Cheney, beliau tidak ada keinginan dalam Kongres tersebut untuk menutup pangkalan berkenaan dan menempatkan semula misinya ke kawasan yang kurang berisiko, yang bermakna kerajaan mesti mula melabur dalam penyelesaian struktur untuk melindungi komponen kritikal seperti tempat latihan menembak berhampiran air, katanya dalam temu bual bersama The Associated Press (AP).

    Cheney mengatakan bahawa membayar berjuta-juta untuk membina tembok laut akan menjadi lebih murah daripada membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk membina semula pangkalan selepas taufan yang dahsyat.

    Pulau Parris telah terlepas daripada kerosakan yang boleh menelan belanja berbilion dolar dalam memperbaiki kemudahan ketenteraan yang lain, tetapi ia telah dipindahkan dua kali dalam tempoh lima tahun lepas akibat taufan, yang secara purata melanda Carolina Selatan setiap lapan tahun.

    Terdahulu, Taufan Florence telah menjejaskan Kem Lejeune di North Carolina pada 2018, merosakkan pantai tempat latihan Marin diadakan, merobohkan struktur dan memindahkan askar.

    Taufan Michael melanda Pangkalan Tentera Udara Tyndall di Florida sebulan kemudian, memusnahkan hangar kapal terbang dan menyebabkan kerosakan yang berjumlah AS$3 bilion.

    Cheney percaya bahawa peristiwa tersebut telah menjadi amaran yang patut diambil kira tetapi tiada peningkatan besar dalam kerja-kerja, seperti membina tembok laut atau pelan induk untuk memperbaiki bangunan.

    Menurut Pengarah Pemasangan dan Logistik depoh, Kolonel William Truax, mengatakan bahawa perancangan taufan tertumpu pada menyelamatkan nyawa dan memelihara peralatan dan bangunan yang diperlukan untuk mengehadkan gangguan pada latihan ketenteraan. Pulau Parris juga bergantung kepada daya tahan masyarakat berhampiran. Menurut Stephanie Rossi, seorang perancang dengan Majlis Kerajaan Lowcountry, kajian mencadangkan dalam mempertingkatkan satu-satunya jalan di pulau tersebut di dalam dan di luar pulau, menaikkan bangunan, dan menguatkan sistem air ribut pada tempat tinggal keluarga tentera.

    Pangkalan tersebut juga bekerjasama dengan organisasi alam sekitar untuk membantu inisiatif pesisir pantai, seperti pembinaan terumbu untuk mengukuhkan halangan semula jadi terhadap banjir dan taufan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...