Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Perubahan waktu operasi pusat swab

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Dalam mengambil kira keadaan semasa, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa bermula hari ini, Pusat Swab Pandu Lalu Bridex, Jerudong akan beroperasi setiap hari.

    Pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, ia akan beroperasi dari 8 pagi hingga 7:15 malam, Jumaat dari 8 pagi hingga 11 pagi dan 2:15 petang hingga 7:15 malam sementara itu, Ahad bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

    Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato berkata, orang ramai boleh membuat tempahan ujian PCR di pusat swab pandu lalu tersebut melalui aplikasi QueUp. 

    “Perkhidmatan di pusat swab ini bukanlah untuk mana-mana individu yang memerlukan ujian bagi tujuan keluar negara atau pre-departure swab. 

    Operasi swab pandu lalu di Dewan Bridex, Jerudong akan dibuka setiap hari mengikut masa yang telah ditetapkan.

    “Ujian swab bagi tujuan keluar negeri atau pre-departure swab boleh diperolehi di pusat-pusat swab lain sebagaimana lazimnya,” jelas beliau.

    Sementara itu, Pusat Swab Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (SPOC) pula akan beroperasi pada Isnin hingga Khamis, Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 8 malam (12 tengah hari hingga 1 petang ditutup bagi kerja-kerja pembasmian kuman), manakala itu, Jumaat pula bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 8 malam.

    Pusat Swab Pusat Kesihatan Berakas pula akan dibuka pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pukul 7:45 pagi hingga 12 tengah hari, 1:30 petang hingga 4:15 petang, 6 petang hingga 8:45 malam manakala itu, Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam dibuka dari pukul 2 petang hingga 8:45 malam.

    Satu lagi pusat swab yang terletak di Daerah Brunei dan Muara ialah di Pusat Kesihatan Pengkalan Batu di mana pusat berkenaan akan beroperasi pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 7:45 pagi hingga 12 tengah hari, 1:30 petang hingga 4:15 petang.

    Di Daerah Belait, pusat swab yang ditempatkan di Pusat SARI 2, Hospital Suri Seri Begawan juga akan dibuka pada setiap hari (termasuk hari-hari kelepasan awam) bermula pukul 7:30 pagi hingga 6 petang.

    Sementara itu, Pusat Swab Pandu Lalu Pusat Insani, Seria pula akan beroperasi Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 6 petang namun perkhidmatan ditutup pada Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.

    Pusat Swab Pusat Kesihatan Sungai Kelugos, Daerah Tutong pula beroperasi pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 11:45 pagi dan 1:30 petang hingga 4:00 petang.

    Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...