Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Preity Zinta kenang filem lakonannya

    Sebut saja nama Preity Zinta, pasti tergambar senyuman manis bersama lesung pipi terpancar di ingatan yang mengenali pelakon bollywood tersebut.

    Aktres jelita ini menjalin kehidupan yang sangat bahagia di samping suami tercinta, Gene Goodenough dan sepasang anak kembar yang diberi nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

    Meski telah lama meninggalkan dunia lakonan, namun selebriti ini tetap mengingati filem-filem yang membuatkan namanya naik dalam industri hiburan. Terbaru, Preity memuatnaik klip video lakonannya dalam filem Jhoom Barabar Jhoom.

    Filem yang pernah mencuri hati penonton pada tahun 2007 itu, dikongsikan menerusi media sosial Preity bagi meraikan sudah 15 tahun usia filem tersebut di samping mengenang memori lama sepanjang penglibatannya dalam cerita hindustan berkenaan.

    Jhoom Barabar Jhoom bertukar setahun tua hari ini dan saya tak boleh berhenti senyum dan memikirkan tentang semua babak gila yang kami rakam.

    “Dan banyak mana kami ketawa. Semua orang kepenatan selepas babak menari, tapi itu tidak membuatkan berhenti.

    “Filem ini mengingatkan bagaimana mudah membuat kawan dengan setiap situasi pengembaraan dan keseronokan.” Melihat coretan hantaran tersebut, ramai peminatnya berkongsi komen mengenang filem popular dan lakonan mantap Preity dalam cerita tersebut. – Agensi

    Meski Preity telah lama meninggalkan dunia lakonan, namun selebriti ini tetap mengingati filem-filem yang membuatkan namanya naik dalam industri hiburan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...