Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Progresif sambut pelancaran YO!

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Sempena pelancaran produk baharunya iaitu prabayar YO!, Progresif Sdn Bhd telah mengadakan acara YO! di Taman Mahkota Jubli Emas di sini, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan acara itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Zakaria bin Haji Serudin dan kakitangan Progresif.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Progresif, nama jenama atau akronim produk prabayar baharu, YO! telah dicipta dengan ideologi membina pelan Your Own.

    Prabayar YO! membolehkan pelanggan menyesuaikan pelan mereka berdasarkan keperluan dan belanjawan masing-masing, tanpa yuran bulanan dan pelbagai pilihan tambah nilai untuk data, Talk N Text dan pilihan pek kombo, semuanya pada harga yang berpatutan.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan pelancaran acara.

    Ribuan peminat Progresif menghadiri acara itu untuk mengambil bahagian dalam suasana festival jalanan ketika syarikat mempromosikan rancangan, aplikasi, produk dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang sedia ada dan baharu.

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar dalam ucapannya menyatakan bahawa kejayaan besar acara YO! Itu menunjukkan bahawa Brunei gembira untuk menyokong jenama yang tidak henti-henti mengejar kemajuan.

    “Dengan menyokong aspek pendidikan, seni dan budaya, keusahawanan dan pemuliharaan alam sekitar, Progresif sentiasa memberi kembali kepada masyarakat yang kami layani dan dengan inovasi sebagai tonggak teras, kami pastinya menjadi rakan kongsi pilihan,” tambah beliau.

    Pada acara berkenaan, Yang Berhormat Dato juga merasmikan program E-Top Affiliate serba baharu, yang akan menyediakan akses dan kemudahan kepada pelanggan dan rakan kongsi Progresif.

    Janji mereka kepada program baharu itu adalah untuk menyediakan potensi pendapatan yang meningkat kepada sesiapa yang menjual kad tambah nilai Progresif.

    Progresif juga menumpukan hari YO! sebagai sebahagian daripada Julai Bebas Plastik, satu gerakan global untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada sisa plastik yang merosakkan alam sekitar.

    Dengan tema Building Your Own, acara itu turut menampilkan pelbagai pertandingan, aktiviti dan bengkel, menggalakkan orang ramai meneroka sisi kreatif mereka sendiri dan mencipta kraf unik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...