Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Puasa bukan halangan lakukan kegiatan fizikal

    Oleh Yusrin Junaidi

    Tiba sahaja bulan Ramadan, ia sering kali dikaitkan keadaan seseorang yang tidak bermaya, cepat letih dan tidak bertenaga untuk melakukan beberapa aktiviti lasak, apatah lagi di sebelah petang, tenaga mula berkurangan dan segala aktiviti-aktiviti berat di rumah terpaksa ditunda.

    Bagi mereka yang terbiasa dengan aktiviti senaman sebelumnya pada setiap pagi atau petang terpaksa menunda aktiviti itu di bulan Ramadan dengan alasan dikhuatiri cepat merasa letih.

    Sebenarnya tiada alasan untuk kita tidak kekal aktif dan cergas sewaktu menjalankan ibadah puasa. Apa yang pasti kaedah dan cara melaksanakannya perlu dititikberatkan agar ia tidak membawa kesan negatif terhadap tahap kesihatan badan kita.

    Waktu sesuai bersenam semasa Ramadan

    Bersenam semasa di bulan Ramadan memang tiada larangan di dalam Islam, namun antara waktu yang sesuai untuk kita menjalankan aktiviti bersenam ialah selepas berbuka puasa, selepas solat Sunat Tarawih dan sebelum bersahur yang merupakan waktu yang sangat tepat agar ia tidak mengganggu amalan sepanjang kita berpuasa. Pada waktu ini juga tenaga dalam badan mencukupi untuk menghadapi apa jua jenis aktiviti ringan atau lasak.

    Walau bagaimanapun, sebilangan orang berpendapat aktiviti senaman wajar dikurangkan atau dihentikan sepanjang Ramadan.

    Bersenam semasa di bulan Ramadan memang tiada larangan di dalam Islam, namun antara waktu yang sesuai ialah selepas berbuka puasa, selepas solat Sunat Tarawih dan sebelum bersahur.
    Pergerakan solat mampu membakar kalori dan juga boleh dikategorikan sebagai senaman namun, ia bukanlah objektif utama untuk dijadikan sebagai aktiviti kecergasan. – Bernama
    Bagi warga emas atau golongan yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti jantung, asma dan lain-lain, mereka harus mendapat nasihat doktor atau jurulatih kecergasan mereka mengenai dengan rutin bersenam yang akan mereka lakukan di bulan Ramadan.

    Ini bertujuan untuk merehatkan badan yang sudah aktif sepanjang tahun serta membolehkan badan membaiki setiap kerosakan pada tubuh badan yang berlaku sebelum ini.

    Media Permata berkesempatan menemu bual salah seorang pelari aktif, Awang Erwan bin Jumat, mengongsikan waktu senaman perlu dihadkan kepada 30 hingga 45 minit sahaja untuk satu sesi, 30 minit bagi senaman berintensiti tinggi manakala 45 minit untuk senaman ringan atau sederhana sahaja. Walau bagaimanapun, penting untuk awda melihat keadaan badan juga dan dinasihatkan untuk berhenti serta berehat sekiranya badan mula menunjukkan keletihan.

    Kekerapan bersenam di bulan Ramadan

    Kekerapan bersenam di bulan Ramadan juga perlu diambil kira, kerana ia penting untuk menentukan tahap kesihatan badan kita kekal terjaga untuk jangka masa panjang.

    Menurut Awang Erwan, beliau bersenam tiga atau empat kali dalam seminggu, waktu rehat beliau dapat fokus kepada aktiviti ibadah sekali gus merehatkan badan.

    “Sudah tentu, berlainan bagi warga emas atau golongan yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti jantung, asma dan lain-lain. Mereka harus mendapat nasihat doktor atau jurulatih kecergasan mereka mengenai dengan rutin bersenam yang akan mereka lakukan pada bulan Ramadan,” tambahnya.

    Jenis senaman yang boleh dilakukan

    Bagi penulis yang juga seorang pelari, senaman kardio yang berintensiti tinggi seperti high-intensity interval training (HIIT) adalah tidak disarankan ketika sedang berpuasa.

    Ada sebilangan orang melakukan aktiviti kardio tinggi ketika berpuasa, dan ini boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku jika badan terlalu letih atau kekurangan air, gula dan sebagainya.

    Namun, senaman dalam kategori berintensiti rendah seperti joging perlahan, berjalan atau sukan kasual masih digalakkan.

    Jika mereka yang berpuasa, ingin melakukan senaman kardio, bolehlah melakukannya di rumah menggunakan mesin tredmil, kerana suasana berbeza berbanding di luar rumah.

    Solat sunat Tarawih juga dikira bersenam

    Menurut Imam Masjid Kampung Kapok, Haji Mohd Afdzillah HY, pergerakan solat mampu membakar kalori dan juga boleh dikategorikan sebagai senaman. Namun, jelasnya, ia bukanlah objektif utama untuk dijadikan sebagai aktiviti kecergasan.

    Menurutnya, bukan saja solat Sunat Tarawih yang dikaitkan dengan kesihatan, berpuasa juga memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan kita seperti menurunkan berat badan, menjaga kesihatan jantung, mental dan dapat meningkatkan metabolisme tubuh di samping untuk memenuhi tuntutan agama.

    Ramadan adalah bulan yang baik untuk fokus kepada aspek kehidupan yang lain termasuk akhirat, mengeratkan silaturahim dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan.

    Pilih makanan seimbang

    Pemilihan makanan yang sesuai pada bulan Ramadan adalah penting, agar membolehkan kita memperoleh semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh di samping menikmati makanan yang sedap dan berkhasiat dan juga membantu mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.

    Semasa berbuka puasa, mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita amat disarankan.

    Sebaiknya mulakan berbuka puasa dengan buah kurma kerana ia mengandungi fruktosa yang boleh memberi tenaga segera dan kurma juga mengandungi enzim yang boleh membantu proses penghadaman untuk makanan yang kita makan seterusnya.

    Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berempah dan kita juga disarankan mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Di samping itu, kita juga digalakkan meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

    Laksanakan SOP semasa bersenam

    Walaupun kes jangkitan COVID di Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan penurunan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan juga kebenaran melaksanakan aktiviti sukan, namun kita harus tetap berhati-hati ketika melakukannya dan sentiasa menjaga penjarakan sosial, tidak melakukan secara berkumpulan, dan menjaga kebersihan diri selepas melakukan aktiviti bersenam di luar rumah.

    Kementerian Kesihatan juga ada mengingatkan tempat paling selamat dalam keadaan sekarang ialah di rumah. Jadi, tiada alasan untuk kita tidak kekal cergas ketika sedang berpuasa di rumah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...