Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Rombongan Malaysia lawat Malar Setia

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Rombongan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, hari ini, telah mengadakan lawatan ke Syarikat Perniagaan Malar Setia, Lambak Kanan.

    Dalam lawatan tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza Zaib Shah dan rombongan dialu-alukan oleh Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Malar Setia, C.L. Lim.

    Rombongan kemudian diberikan penerangan mengenai latar belakang syarikat sebelum mengadakan lawatan sekitar syarikat berkenaan.

    Syarikat berkenaan mula ditubuhkan pada tahun 1987 yang sebelum ini dikenali dengan Heng Ngee Trading Company.

    TYT Dato’ Raja Reza Zaib Shah semasa mengadakan lawatan ke Syarikat Perniagaan Malar Setia.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...