Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Running Man versi MIB

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh Unit Media, Program Running Man

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Penerapan nilai-nilai Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kalangan pelajar sekolah terus dilaksanakan dengan mengetengahkan aktiviti-aktiviti yang bukan sahaja menguji minda, malah kecergasan fizikal mereka.

Sehubungan itu, mahasiswa dan mahasiswi Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Program Kursus Pengurusan Kokurikulum di bawah pengendalian Pusat Ilmu Teras mengadakan Program Running Man di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), kelmarin.

Program itu disertai oleh seramai 30 pelajar Tahun 9, STPRI yang terdiri daripada prefek, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Kadet Kerjaya, ketua-ketua dan penolong ketua kelas.

Turut hadir semasa program itu ialah Pensyarah KUPU SB, Awang Mohammad Amirol bin Abdul Rahim selaku penyelaras bagi Program Kursus Pengurusan Kokurikulum.

Program itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat serta diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dan keselamatan yang disampaikan oleh Pengerusi Program, Awang Basri bin Dr Haji Serbini dan Timbalan Pengerusi Program, Awang Abdul Muazzam Azri bin Zulkifli.

Program yang berjalan dari pukul 1:30 hingga 3:30 petang itu mengetengahkan format permainan Running Man, di mana terdapat lima cabaran berbeza bertemakan MIB.

Mereka hanya diberikan masa lima minit sahaja untuk menyelesaikan cabaran pada setiap checkpoint di mana antara cabaran tersebut adalah menulis Jawi, mesej berantai, jarum dan benang, menyenaraikan nama-nama sultan serta meneka rempah ratus.

Pemenang bagi permainan berkenaan adalah dikira dari kecepatan masa dalam menghabiskan kesemua checkpoint di mana juara disandang oleh Kumpulan Jongsarat.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Guru Kanan Akademik STPRI, Dayangku Nur Zirwatul Amal binti Pengiran Haji Mohamad.

ATAS & BAWAH: Antara aktiviti yang diadakan semasa Program Running Man di STPRI.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -