Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Santai De Indoor dirasmi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-17, Santai De Indoor yang menampilkan 10 peniaga tempatan terdiri daripada para belia dan penerima bantuan, telah dirasmikan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, malam ini.

    Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku tetamu kehormat majlis.

    Acara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dikepalai oleh Imam Tingkat I, Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Khairul Arif-fin bin Haji Yusop, diikuti dengan perasmian Santai De Indoor dan lawatan ke kios-kios.

    Acara-acara sampingan pelancaran kios itu akan diadakan selama tiga hari hingga 28 Ogos termasuk pameran Bike Show daripada Persatuan PEMODA, Car Show ahli-ahli persatuan peminat kereta Volkswagon Beetle dan Mini Cooper, persembahan-persembahan seni daripada belia-belia, demonstrasi Inline Skating dan Sukan Tekbol.

    Sementara itu, acara Mass Aerobic juga akan turut diadakan pada 28 Ogos bermula jam 7 pagi di Stadium Tertutup.

    Kehadiran orang ramai sangat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi acara Mass Aerobic pada Ahad ini.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa melancarkan perasmian Santai De Indoor.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi semasa meninjau lebih dekat peniaga tempatan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...