Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

SEAMEO VOCTECH sambut Israk Mikraj

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, melalui ahli jawatankuasa Musala Ar-Raudah, kelmarin, telah mengadakan majlis Sambutan Israk dan Mikraj di pusat berkenaan.

Majlis tersebut diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Peristiwa Israk dan Mikraj Pedoman Akhir Zaman’ yang disampaikan oleh penceramah bertauliah dari Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Pengiran Abdul Basit bin Pengiran Haji Zain dari Pusat Anwar Al Hudaa.

Ceramah antara lain menekankan bahawa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW adalah peristiwa yang luar biasa dalam memuliakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan umat Baginda.

Ia merupakan peristiwa yang penuh dengan pemberian, pengajaran dan peringatan dari Tuhan Ar-Rahman, yang dengannya mengajak kita untuk bersabar apabila diuji, bersyukur apabila diberi dan reda terhadap ketentuan Ilahi.

Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar, timbalan pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

Acara dimulakan dengan surah Al-Fatihah dan seterusnya bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai bagi memohon kepada Allah semoga seluruh penduduk dan negara akan bebas dan terlepas daripada segala bahaya, bala dan wabak penyakit merbahaya dengan berkat membaca Selawat At-Tafrijiyyah ke atas Nabi Muhammad SAW.

Majlis juga diserikan dengan dendangan tausyeh daripada kumpulan Anwar Al Hudaa dan bacaan Doa Peliharakan Sultan, Doa Kesyukuran sempena ulang tahun Hari Kebangsaan ke-39 dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pengiran Abdul Basit.

Majlis sambutan Israk dan Mikraj itu juga dapat ditonton oleh orang ramai secara langsung melalui saluran YouTube SEAMEO VOCTECH.

Pengiran Abdul Basit semasa menyampaikan ceramah.
Antara yang hadir pada sambutan itu.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -