Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tiada wanita mahu bercerai tanpa sebab – Diana Danielle

    Pelakon Diana Danielle, 31, berpendapat tindakan rakan baiknya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana memfailkan permohonan cerai mempunyai sebab tersendiri.

    Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu tidak menyebelahi mana-mana pihak.

    “Saya rasa tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab. Tetapi, biar begitu kita tidak boleh bercakap banyak kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan.

    “Saya tidak mahu berpihak kepada sesiapa berhubung isu ini. Namun, sebagai wanita semestinya saya memahami perkara yang dibangkitkan sebelum ini,” katanya kepada BH Online.

    Tambah Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, dia turut mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah.

    Sebagai wanita, Diana memahami perkara yang dibangkitkan Puteri Sarah sehingga mencuri perhatian ramai. – Agensi

    “Dalam kehidupan, kita tidak boleh menjangka pengakhiran dalam apa juga keadaan. Kita hanya mampu memberikan terbaik dan Puteri Sarah juga sudah membuat sebaik mungkin buat keluarganya.

    “Jadi, kita hanya menyokong apa sahaja tindakan yang diambil. Apa sahaja yang terbaik buat Puteri Sarah dan anak-anaknya,” katanya.

    Diana ditemui majlis sidang media Absolut Bazar x Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), petang tadi.

    Semalam, Puteri Sarah ditemani dua adiknya, Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

    Permohonan terbabit difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Sebelum ini, tahap kemarahan dan kekecewaan Puteri Sarah susulan pendedahan Syamsul yang sudah menikahi Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu, bagai sampai ke kemuncak apabila secara terbuka meminta suami melepaskannya.

    Menerusi perkongsian dalam Instagram (IG), pelakon drama Aku Seorang Perempuan itu mendedahkan tujuan meminta cerai kerana tidak sanggup hidup bermadu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...