Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Vietnam bantu industri tekstil kurangkan impak alam sekitar

    HANOI, 1 DIS – Persatuan Tekstil dan Pakaian Vietnam (VITAS) menetapkan matlamat untuk membantu industri tekstil dan pakaian Vietnam menjadi lebih mesra alam menjelang 2030.

    Menjelang 2023, industri itu merancang untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 15 peratus dan penggunaan air sebanyak 20 peratus, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Pembangunan hijau adalah antara sektor penting dalam pembangunan mampan. 

    Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, perusahaan industri tekstil pakaian dan kasut telah memberi perhatian khusus kepada isu berkenaan.

    Menurut Setiausaha Agung VITAS, Truong Van Cam, industri tekstil dan pakaian yang lebih lestari bukan sahaja menyumbang kepada pelaksanaan strategi nasional mengenai pembangunan hijau tetapi juga memenuhi keperluan pasaran import tekstil dan pakaian yang besar di dunia, seperti Kesatuan Eropah (EU). Firma tekstil-pakaian dan kasut kulit Vietnam perlu meningkatkan pengeluaran mereka untuk dieksport ke EU selepas Suruhanjaya Eropah (EC) mencadangkan barangan itu perlu mematuhi kriteria reka bentuk ekologi.

    Awal tahun ini, EC mencadangkan strategi baharu untuk menjadikan tekstil lebih tahan lama, dapat dibaiki, boleh diguna dan dikitar semula untuk menangani kepelbagaian fesyen, sisa tekstil dan pemusnahan tekstil yang tidak terjual. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...