Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Adi akur digugurkan watak Mat Kilau

    Aktor Datuk Adi Putra mengesahkan tidak terbabit dalam pembikinan filem prekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

    Adi berkata, dia akur dengan keputusan selepas menerima satu kenyataan dikeluarkan oleh penerbit filem, Studio Kembara Sdn Bhd berhubung perkara itu.

    “Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan dikeluarkan penerbit, saya akur setiap keputusan dibuat.

    “Saya terima dengan qada dan qadar,” katanya kepada BH Online.

    Ditanya adakah mempersoalkan perkara itu kepada penerbit, Adi berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

    Adi akur keputusan namanya digugurkan selepas menerima kenyataan dikeluarkan penerbit filem, Studio Kembara Sdn Bhd berhubung perkara itu. – Agensi

    “Penerbit dan pelakon ada batasan. Penerbit ada kuasa untuk menerbit dan membuat ketentuan dari segi pemilihan.

    “Sebagai pelakon dalam kategori freelance, tidak ada hak mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” ujarnya.

    Terdahulu, penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali mengesahkan, pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem terpecah panggung itu pada Oktober tahun lalu.

    Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau, Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi tersebut.

    Adi ditemui pada acara Laskar Raya 2023 yang diadakan di sebuah premis acara, baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...