Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Aktres HK cedera terkena duri durian

    Aktres cantik dari Hong Kong, Priscillia Wong mengalami kecederaan pada bahagian paha sebelah kiri selepas terkena duri durian semasa menjalani penggambaran di Malaysia.

    Menurut laporan daripada China Press, Wong sedang menjalani penggambaran sebuah program pelancongan bersama pelakon tempatan, Debbie Goh ketika kemalangan.

    Goh bagaimanapun telah membaling buah durian ke arahnya dari puncak bukit di sebuah kebun.

    Malangnya, durian terbabit terkena kakinya sebelum dia sempat mengelak dan menyebabkannya menjerit kesakitan.

    Wong turut berkongsi hantaran video di laman sosial Instagram miliknya yang menunjukkan kakinya mempunyai lebih kurang 20 kesan luka tusukan akibat duri durian.

    Priscillia Wong mengakui mengalami pengalaman pahit manis ketika menjalani penggambaran di Malaysia. – Agensi

    Dalam video itu, Wong sedang berdiri di tepi sungai apabila durian tiba-tiba datang meluncur ke arahnya.

    Walaupun Wong cuba mengelak, durian terkena paha kiri hingga menusuk ke kulitnya.
    Wong menjerit kesakitan, kemudian ketawa dan bertanya: “Siapakah yang membaling durian seperti itu?”

    Dalam video yang berasingan, Wong dilihat menyapu ubat pada kakinya.

    Walaupun mempunyai 20 kesan tusukan di paha, Wong berkata, dia masih gembira dengan pengalaman itu. Wong kemudian memuat gambar luka dari sudut dekat melalui hantaran di akaun Instagram.

    “Ini adalah hadiah diberikan oleh durian kepada saya.

    “Saya sayang dan benci durian,” tulis pelakon berusia 40 tahun itu.

    Menerusi program pelancongan itu, Wong menjelajah Malaysia untuk menikmati makanan dan budaya tempatan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...