Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Aleeya Zailan panjangkan sedekah kepada golongan memerlukan  

    Keletah bersahaja pasangan pempengaruh media sosial dan usahawan Aleeya Zailan dan suami, Azri Aziz sering mencuri perhatian pengikut mereka terutamanya ketika mereka membuat sesi siaran langsung ketika memasak bersama.

    Tidak menyangka perkara tersebut menarik pengikut di laman sosial, ada dalam kalangan pengikut turut memberikan hadiah ketika mereka membuat sesi siaran langsung di TikTok.

    Namun apa yang ramai tidak tahu, pasangan tersebut menukar wang terkumpul menerusi hadiah berkenaan dan digunakan ke arah kebaikan.

    “Alhamdulillah ramai menyokong malah kadang-kadang saya sendiri terdiam dan terharu dengan sokongan diberikan.

    “Mereka tidak lokek memberikan hadiah kepada saya setiap kali live dan hadiah diberikan mewakili nilai ringgit tertentu,” katanya.

    Aleeya dan Big Boss rajin buat video masak di laman sosial. – Agensi

    Lantaran itu, Aleeya dan suami sepakat menggunakan pemberian itu untuk disumbangkan ke saluran yang sesuai.

    Bagi usahawan berkenaan, usaha itu juga dapat memanjangkan pahala buat pengikutnya dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

    “Alhamdulillah saya diberikan rezeki yang murah, jadi hadiah itu saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sama, saya panjangkan sedekah pengikut saya kepada pihak tertentu.

    “Bagi saya, apabila menderma atau membantu mereka yang memerlukan itulah antara kepuasan saya dan suami dapat rasakan,” ujarnya yang memfokuskan bantuan kepada kanak-kanak dan golongan asnaf.

    Bukan hanya kutipan hadiah berkenaan, Aleeya dan Azri atau lebih mesra dengan sapaan Big Boss turut menambah sumbangan dengan wang peribadi mereka sendiri.

    Tidak hanya itu, baru-baru ini pemilik perniagaan jenama Avenys ini turut mencuri perhatian apabila masak sendiri hidangan untuk disumbangkan kepada masjid.

    Pasangan ini memasak sendiri 340 kilogram sambal sotong bersempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...