Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Amber Heard dakwa Johnny Depp ‘mati pucuk’

    Aktres sensasi Hollywood, Amber Heard mendakwa bekas suaminya, Johnny Depp mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk yang membawa kepada kemarahan serta keganasan seksual terhadapnya.

    Mengikut laporan portal Daily Mail, dakwaan itu terbongkar menerusi dokumen saman fitnah yang dikemukakan peguam Heard pada 28 Mac lalu.

    “Meskipun Depp tidak mendedahkan masalah disfungsi erektil dihadapi, keadaannya sangat relevan menjadi punca keganasan seksual termasuk tindakannya menggunakan botol untuk merogol Heard,” kata peguam menerusi dokumen difailkan.

    Malah, peguam Heard mendakwa, masalah kesihatan menjadi faktor kepada perlakuan keganasan seksual, marah dan gelisah terhadap bekas isteri.

    Heard mendakwa, Depp mengambil ubat bagi mengatasi masalah lemah tenaga batin dihadapi, namun, tidak berhasil.

    Amber Heard mendakwa Johnny Depp mengalami mati pucuk yang membawa kepada kemarahan serta keganasan seksual terhadapnya. – Agensi

    Ia sekali gus membuatkan Depp lebih marah dan menjadikannya mangsa ketika melakukan hubungan intim.

    “Saya menyifatkan sebagai ‘seks marah’ disebabkan Depp tidak mampu beraksi dengan baik.

    “Depp pernah mencampakkan saya atas katil dan ia berlaku beberapa kali. Malah, memaksa melakukan hubungan seks dalam keadaan marah,” dakwa Heard.

    Heard mendakwa, bintang Pirates of the Caribbean kerap menghabiskan masa dengan minuman keras bersama rakan-rakannya termasuk bapanya, David Heard dan penyanyi, Marilyn Manson.

    “Depp pulang ke rumah dalam keadaan mabuk, lantas menjadi lebih kesat menerusi lisan dan seksual,” dakwanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...