Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ayu Ting Ting belanja lebih RM1 juta untuk majlis kahwin adik

    Penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting sanggup menghabiskan wang lebih RM1 juta bagi merealisasikan impian adiknya untuk melangsungkan perkahwinan.

    Bagi penyanyi lagu Alamat Palsu ini, apa yang lebih penting ialah membuatkan ibu bapanya gembira dengan majlis yang berjalan lancar.

    “Perkahwinan dijalankan mengikut adat Sunda. Jadi pelbagai acara telah dirancang sejak dari awal lagi.

    “Ibu bapa saya gembira melihat majlis yang berjalan lancar. Jadi bukan sahaja saya yang bahagia, malah ini untuk mereka juga.

    “Semoga wang belanja majlis ini berbaloi. Syukur ramai orang yang sayang,” jelas Ayu.

    Adik Ayu iaitu Assyifa Nuraini bernikah dengan pemuda bernama Nanda Fachrizal pada 6 Februari lalu.

    Majlis akad nikah berlangsung di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.

    Sebelum pernikahan berlangsung beberapa acara lain turut diadakan mengikut adat Sunda.

    Majlis resepsi turut berlangsung meriah dengan dihadiri saudara terdekat. – Agensi

    Ayu Ting Ting sanggup menghabiskan wang lebih RM1 juta bagi merealisasikan impian adiknya untuk melangsungkan perkahwinan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...