Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Bapa nafi Rizky Febian sudah bertunang

    Bapa kepada penyanyi Rizky Febian iaitu pelawak Sule menafikan gosip pertunangan anaknya itu yang heboh diperkatakan.

    Menurut Sule, gambar Rizky bertemu keluarga kekasihnya, pelakon Mahalini di Bali, Indonesia baru-baru ini hanyalah sekadar memenuhi undangan majlis keluarga pelakon berkenaan.

    Dalam masa sama, Sule juga berharap tidak timbul sebarang spekulasi sebegitu apabila melihat Rizky menghadiahkan cincin kepada Mahalini kerana itu sudah menjadi kebiasaan anaknya.

    “Anak saya memang suka menghadiahkan cincin. Tak salah rasanya sekadar memberi hadiah.

    “Mungkin itu sebagai satu cara Iky mengingatkan Mahalini bahawa mereka sedang bercinta. Tak perlu diperbesarkan hal ini,” jelasnya seperti yang dipetik Kapan Lagi.

    Sementara itu, Sule juga sering berpesan kepada Rizky tentang batasan dalam bercinta dan cabaran yang mereka bakal hadapi kerana perbezaan agama.

    “Sebagai bapa saya tidak mahu dipersalahkan jika tidak memberi nasihat. Saya sudah memberitahu mereka batasan yang perlu dipatuhi.

    “Saya tidak mahu hadkan kebahagiaan anak. Lihat sahaja apa yang akan berlaku nanti kerana saya yakin Tuhan telah merancang sebaiknya,” katanya. – Agensi

    Rizky sering menghadiahkan cincin kepada Mahalini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...