Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    ‘Cef robot’ saji burger sayuran cita rasa pelanggan

    HERZLIYA, ISRAEL – Sebuah restoran makanan segera Israel menyajikan stik berasaskan sayuran yang dibuat dan dimasak oleh robot yang menyesuaikan bahan dan masa memasak mengikut citarasa pelanggan.

    “Ini kali pertama mesin membuat burger yang mengikut citarasa dengan sendirinya,” kata Racheli Vizman, Ketua Pegawai Eksekutif SavorEat, sebuah syarikat pemula Israel yang pakar dalam alternatif daging.

    Pelanggan boleh menggunakan aplikasi untuk memilih jumlah protein atau lemak sayuran dalam ‘stik’ mereka, serta saiznya dan cara mereka mahu ia dimasak, katanya.

    ‘Cefrobot’ yang bersaiz ketuhar yang besar, boleh membuat tiga stik berbeza serentak dengan seorang kakitangan manusia membuat burger.

    Ia mencampurkan bahan-bahan termasuk kacang, kentang dan kacang kuda untuk menghasilkan tekstur yang ‘menyerupai daging sebenar’, kata Vizman, yang memulakan perniagaan pada tahun 2018 bersama dua profesor dari Universiti Hebrew Jerusalem.

    Stik di restoran BBB di bandar pantai Herzliya dimasak dalam beberapa minit, katanya, sambil menambah ia tidak mengandungi protein haiwan dan halal.

    “Kami berharap dapat bertindak balas terhadap keinginan vegetarian, vegan dan flexitarian,” yang kadang-kadang makan daging, kata Ahuva Turgeman dari BBB.

    Kira-kira lima peratus rakyat Israel mengatakan mereka ve-gan dan pasaran untuk alternatif daging semakin meningkat, menurut SavorEat. – AFP

    Seorang lelaki mengekstrak hamburger berasaskan sayuran yang dimasak dengan rasa daging, yang dihasilkan oleh robot mengikut cita rasa pelanggan. – AFP
    Racheli Vizman, Ketua Pegawai Eksekutif SavorEat, syarikat pemula yang mengkhusus dalam pengeluaran alternatif kepada daging, memegang separuh daripada hamburger berasaskan sayuran di kedai makan segera BBB di bandar pantai Herzliya di Israel. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...