Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Che Ta dituduh tidak pandai jaga anak

    Pelakon Rozita Che Wan membidas kecaman dan kritikan warganet terhadap anak perempuan tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana yang gemar bersolek dan berdandan pada usia yang masih mentah.

    Tegas Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, anaknya yang bakal menginjak ke usia lapan tahun November depan sama seperti kanak-kanak lain yang mempunyai minat tersendiri.

    “Tolong dengar! Hampa (kalian) tak nak siapkan anak, itu masalah hampa. Anak kami (saya) memang suka bersiap. Takkanlah dia nak melaram kami nak larang.

    “Contoh anak hampa suka melukis, tak kan hampa nak marah mereka mahu melukis.

    “Anak saya memang suka pakai mekap dan melaram. Karang kalau marah dia, melakak dan merajuk. Jadi satu kerja pula nak pujuk, tak memasal.

    Rozita Che Wan membidas kecaman dan kritikan warganet terhadap anak perempuan tunggalnya, Aaisyah Dhia Rana yang gemar bersolek dan berdandan pada usia yang masih mentah. – Agensi

    “Mak dia ratu Malaysia dulu kot, yang hampa pun. Mana tak tumpah kuah kalau tak ke spageti, tak gitu? (seloroh). Ke atas nasi lah hampa. Saja nak melawak. Kadang-kadang saya pun pening tau,” ujar Che Ta menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

    Isteri kepada aktor dan usahawan Zain Saidin itu, dia juga tidak memahami mengapa menjadi sasaran kritikan warganet dan ada yang menyifatkan tidak pandai menjaga anak hanya kerana membiarkan Aaisyah bersolek seperti orang dewasa.

    “Yang komen semua guna akaun palsu. Sekali libas guna bulu mata saya yang setebal tujuh petala langit ini baru tahu.

    “Karang tak ‘letup’, kata tak pandai jaga anak. Kalau ‘letup’ sangat kata kasihan zaman budak-budak.

    “Macam kalian dulu-dulu waktu kecil suka mandi sungai. Mak ayah larang pun, tetap terjun sungai kan. Begitulah anak saya,” luahnya yang meminta warganet untuk menjaga anak sendiri, sebelum sibuk ‘menjaga’ anak orang lain.

    Selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...