Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Datuk Red minta tolong netizen pujuk 2 isteri kembali ke pangkuannya

    Usahawan Malaysia, Datuk Seri Adnan Abu meminta bantuan warganet memujuk dua isterinya iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim dan Adira Suhaimi kembali ke pangkuannya.

    Memetik laporan mStar, Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red memberitahu ketika ini beliau sedang merajuk namun akan bergegas pulang sekiranya mendapat panggilan daripada dua isterinya itu.

    “Yang mana tengah tonton ini nanti komenlah dekat Instagram atau TikTok Adira cakap Datuk Red kirim salam. Begitu juga dengan Datin Red.

    “Cakap Datuk Red nak pujuk, hubungi atau mesejlah dia. Datuk Red tengah merajuk, jadi dia tak akan mesej.

    “Jadi korang mesejlah dia pujuk dia, memang laju saya balik! Saya tahu korang boleh tolong saya pujuk Adira dan Datin Red… Tolonglah pujuk mereka,” katanya.

    Perkara itu diluahkan Adnan ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok.

    Dalam pada itu, Adnan memberitahu sudah tiga hari beliau memakai baju dan seluar sama selepas ditegur netizen mengenai pakaiannya.

    Bagaimanapun katanya, selepas selesai sesi fotografi, beliau akan membeli baju baharu untuk dipakai.

    “Baju saya pakai ini sudah tiga hari saya pakai, seluar pun sama.

    “Tengoklah ada rezeki selepas selesai kerja sesi fotografi, saya pergi cara baju baru,” jelasnya.

    Pada Selasa lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan beliau diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu.

    Sejak itu kata Adnan, isteri keduanya Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

    Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

    Manakala isteri pertamanya, Sharifah Norshafil atau Datin Red memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

    Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

    Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama, Sharifah, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

    Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. – Agensi

    Datuk Red rindu dengan Datin Red dan Adira. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...