Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Fredo jadi penyanyi jalanan

    Demi kelangsungan hidup, vokalis kumpulan Flybaits yang popular pada era 1980an, Fredo sanggup mengetepikan status selebriti apabila memutuskan mencari rezeki dengan menyanyi di jalanan.

    Penyanyi berusia 72 tahun itu memberitahu, keputusan itu dibuat atas galakan isteri, Suzlynna Mustapha Azahari.

    Fredo atau nama sebenar, Alfredo Villenguez mengaku terpaksa menjadi ‘busker’ berikutan karier nyanyian terjejas teruk akibat pandemik COVID sejak lebih dua tahun lalu.

    “Karier nyanyian cukup terkesan. Lebih dua tahun hidup dengan wabak COVID, undangan nyanyian berkurangan. Jadi, saya perlu cari alternatif untuk menampung komitmen bulanan.

    “Tetapi Alhamdulillah, pendapatan sebagai ‘busker’ tidaklah mengecewakan. Apabila orang tengok yang bawa bakul untuk kutip duit adalah artis, mereka segan hendak beri RM1,” katanya ketawa.

    Bagaimanapun, ditanya lokasi Fredo membuat persembahan, penyanyi yang popular dengan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta ini memilih untuk tidak mendedahkannya.

    Sebaliknya, Fredo hanya memberitahu aktiviti itu dilakukan di sekitar Pelabuhan Klang. – Agensi

    Fredo mengakui bahawa pandemik COVID telah menyebabkan undangan nyanyian berkurangan sehingga dia perlu mencari alternatif lain untuk menampung komitmen bulanan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...