Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Guru berdedikasi pemacu kejayaan anak bangsa

    Oleh Mu’min Karim
    Gambar oleh Muiz Matdani

    Sebagai lambang penghargaan besar negara dan masyarakat kepada para pendidik atas jasa dan bakti mereka, lazimnya negara kita akan menyambut Sambutan Hari Guru yang diadakan pada setiap 23 September.

    Sesuai dengan tema Sambutan Hari Guru ke-32 tahun ini iaitu ‘Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan’, menunjukkan para guru terus gigih mendidik pelajar demi memastikan kelestarian pembangunan generasi meskipun berdepan cabaran pandemik COVID, malah menjadikannya untuk lebih kreatif, dinamik dan adaptable dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

    Sebagaimana setiap tahun Sambutan Hari Guru diadakan, tahun ini seramai 109 orang penerima anugerah-anugerah Hari Guru bagi penerima tahun 2020, 2021 dan 2022, terdiri daripada seorang penerima Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, enam orang penerima Anugerah Guru Berjasa, 23 orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 79 orang terdiri daripada penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mentions).

    Dalam pada itu, rata-rata penerima anugerah pada tahun ini menyatakan rasa syukur atas pengurniaan yang telah diberikan, yang setentunya dengan penganugerahan tersebut akan menjadi pembakar semangat bukan sahaja bagi diri mereka malah juga kepada guru-
    guru yang lainnya.

    Acara tahunan Sambutan Hari Guru wajar diadakan bagi mengenang segala jasa yang telah dicurahkan oleh mereka yang bergelar pendidik yang telah berkhidmat mendidik anak bangsa negara, antara yang dikongsikan oleh penerima Anugerah Pendidikan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Tahun 2020, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman ketika ditemu bual Media Permata semasa acara berkenaan.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi semasa ditemu bual di majlis berkenaan.
    Profesor Madya Dr Haji Hashim menyatakan rasa syukur di atas Anugerah Guru Berjasa tahun 2020.
    Dr Yabit menjelaskan anak bangsa yang perlu dimajukan turut menjadi pendorong beliau menjadi seorang guru yang cemerlang.

    “Dengan adanya Sambutan Hari Guru ini, ia mampu menyuntik semangat kepada guru-guru yang masih bertugas untuk memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dan terbaik,” tambahnya.

    Menurut Yang Dimuliakan Pehin lagi, dalam merealisasikan tema Sambutan Hari Guru, warga pendidik wajar mempertingkatkan lagi tahap profesionalisme dan kualiti mereka.

    Selain itu, terdapat banyak inisiatif yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan dalam membantu warga pendidik menyampaikan kaedah pembelajaran mereka.

    “Peranan guru amatlah besar dalam pendidikan anak-anak, dan hanya mereka yang benar-benar mempunyai minat dan dedikasi serta kelayakan dalam bidang pendidikan mampu menjayakan tema ‘Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan’.”

    Dalam pada itu, penerima Anugerah Guru Berjasa bagi tahun 2020, Profesor Madya Dr Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid menyatakan perasaan gembira kerana terpilih di antara ribuan guru dari seluruh negara untuk menerima anugerah berprestij sedemikian.

    “Anugerah tersebut merupakan warisan yang akan ditinggalkan kepada anak cucu di masa hadapan,” jelasnya.

    Bagi penerima Anugerah Guru Cemerlang bagi tahun 2020, Dr Yabit bin Alas mengongsikan keluarga dan rakan setugas yang cukup dedikasi dan jujur menjadi pendorong dan tulang belakang beliau dalam sama-sama menjadikan pembelajaran yang disampaikan itu mendapat pengiktirafan sehingga dianugerahkan Anugerah Guru Cemerlang.

    Tambahnya, berdasarkan daripada pengalaman yang dilihat sepanjang bergelar seorang pendidik yang melihat anak bangsa yang perlu dimajukan turut menjadi dorongan untuk beliau menjadi seorang guru yang cemerlang.

    “Anugerah yang saya terima pada hari ini bukan hanya atas usaha saya seorang sahaja malah semua guru-guru itu adalah cemerlang dengan kekuatan masing-masing.

    “Apa yang penting adalah kerjasama berpasukan antara sesama sendiri walaupun belum mendapat anugerah sedemikian,” kongsi beliau kini merupakan pensyarah Bahasa dan Linguistik di Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Dalam merealisasikan Wawasan 2035, sektor pendidikan terus komited dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan ber-jaya.

    Dengan mengambil kira lansdkap dunia pekerjaan yang kian berubah, sektor pendidikan perlu melalui transformasi untuk kekal relevan demi memastikan sistem pendidikan dapat menghasilkan sumber tenaga yang dihasratkan negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...