Wednesday, May 1, 2024
30.7 C
Brunei

    -

    Henry Golding tersenarai antara 10 lelaki kacak dunia

    Pelakon Henry Golding telah tersenarai antara 10 lelaki terkacak di dunia menurut kajian saintifik kuno.

    Henry atau nama sebenar Henry Ewan Golding, 36, menduduki tangga kesembilan lelaki terkacak dunia mengalahkan pelakon Dwayne Johnson yang berada dikedudukan ke-10.

    Memetik laporan Daily Mail, senarai itu telah disusun menggunakan teknik pemetaan berkomputer yang dilakukan oleh pakar bedah kosmetik dari Harley Street iaitu Dr Julian De Silva menggunakan teknologi kajiannya.

    Henry berada di kedudukan kesembilan lelaki terkacak dunia menurut kajian saintifik kuno.
    Jelas De Silva, anak kelahiran Sarawak itu mendapat markah tinggi kerana bentuk dagu dan jarak antara mata menerima markah sebanyak 87.98 peratus.

    Dalam pada itu, bintang siri Bridgerton, Rege Jean Page telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak dunia dengan kutipan markah 93.65 peratus.

    Pelakon Chris Hemsworth berada di tempat kedua dengan 93.53 peratus, bintang Black Panther, Michael B Jordan di tempat ketiga dengan 93.46 peratus dan penyanyi Harry Styles di tempat keempat dengan 92.30 peratus.

    Untuk maklumat, Henry pernah membuat kemunculan menerusi filem hit Crazy Rich Asians
    pada 2018 dan pernah membintangi beberapa filem Hollywood terkenal termasuk Snake Eyes, Last Christmas, The Gentlemen dan A Simple Favor.

    Sebelum ini, Henry pernah mencipta nama sebagai pengacara di Malaysia menerusi beberapa program seperti 8tv Quickie, Welcome To The Railworld Japan (8TV) dan Surviving Borneo (Discovery Channel). – Agensi

    Henry turut mengalahkan Dwayne Johnson dalam senarai lelaki terkacak. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hamas, Fatah berunding di Beijing

    BEIJING, 30 APRIL - China berkata hari ini kumpulan Palestin, Hamas dan Fatah bertemu di Beijing baru-baru ini untuk ‘perbincangan mendalam dan menggalakkan perdamaian...