Saturday, December 7, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hujan, salji terus badai California

    LOS ANGELES – Sungai atmosfera kesembilan semasa ribut musim sejuk selama tiga minggu berpusar-pusar di California kelmarin, menyebabkan pemanduan di kawasan pergunungan menjadi bahaya dan tinggi berisiko berlakunya banjir berhampiran sungai walaupun cuaca cerah di beberapa buah kawasan.

    Salji lebat turun merentasi Sierra Nevada dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan tidak menggalakkan orang awam untuk melakukan perjalanan. Interstate 80, lebuh raya utama dari San Francisco Bay Area ke pusat peranginan ski Lake Tahoe, dibuka semula dengan selepas ditutup pada hujung minggu secara berkala disebabkan oleh salji turun hingga memutih.

    “Jika awda membuat perjalanan, maka bersedia untuk menghadapi perjalanan yang berbahaya dan penutupan jalan,” kata pejabat perkhidmatan cuaca di Sacramento menerusi halaman Twitter.

    Universiti California Berkeley Central Sierra Snow Lab menulis di laman Twitter kelmarin bahawa ia telah merekodkan 49.6 inci (126 sentimeter) salji baharu sejak Jumaat.

    Amaran runtuhan salji di pedalaman telah dikeluarkan di tengah Sierra, termasuk kawasan Tahoe.

    Devan Beard, dari Brentwood, menunggang motosikal luar jalannya mengelilingi rumahnya yang dinaiki air di Bixler Road di Brentwood, California. – AP
    Ryan Orosco, dari Brentwood, membawa isterinya Amanda Orosco, dari rumah mereka yang dinaiki air di Jalan Bixler di Brentwood, California. – AP
    Ray Orosco, dari Brentwood, menggunakan pam dalam usaha mengepam air di sekeliling rumahnya yang dinaiki air di Jalan Bixler di Brentwood, California. – AP
    Amanda Orosco, dari Brentwood, menunggu suaminya Ryan Orosco untuk diselamatkan dari rumah mereka yang dinaiki air di Bixler Road di Brentwood, CaliF. – AP

    Sejumlah ribut sungai atmosfera telah menyebabkan hujan dan salji turun di California sejak akhir Disember, memutuskan bekalan kuasa kepada beribu-ribu, membadai jalan, menumbangkan pokok, menyebabkan aliran puing dan mencetuskan tanah runtuh. Sementara itu, banjir kelmarin dianggap agak lemah berbanding dengan ribut sebelum ini, tetapi risiko banjir dan banjir lumpur masih ada, kata peramal.

    Presiden Joe Biden akan pergi ke pantai tengah California pada Khamis untuk melawat kawasan yang telah terjejas oleh cuaca ekstrem. Rumah Putih berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa presiden akan melawat dengan responden pertama dan pegawai negeri dan tempatan, meninjau usaha pemulihan dan tambahan sokongan persekutuan yang diperlukan.

    Cuaca sebahagian besar diramal kering pada minggu ini, walaupun beberapa kawasan di California Utara boleh melihat lebih banyak hujan pada pertengahan minggu.

    Matahari kelmarin terbit di San Francisco, di mana 20.3 inci (51.5 sentimeter) hujan turun di lapangan terbang bandar itu sejak 1 Oktober, apabila California biasanya mula merekodkan hujan untuk tahun itu. Purata untuk ‘tahun air’ ialah 19.6 inci (49.8 sentimeter), “jadi kami telah melepasi jumlah tahunan dengan 8 bulan lagi,” jelas pejabat perkhidmatan cuaca San Francisco menerusi Twitter.

    Di seberang teluk di Berkeley, 10 buah rumah telah dipindahkan kelmarin apabila lereng bukit runtuh, membawa lumpur ke hartanah namun tiada kecederaan dilaporkan.

    Hujan turun lebih dua inci pada Ahad di Lembah Sacramento, di mana penduduk Wilton dan masyarakat sekitarnya diberi amaran untuk bersiap sedia untuk keluar jika paras air di Sungai Cosumnes meningkat.

    Di Monterey, Sungai Salinas membanjiri tanah ladang pada hujung minggu dan pegawai kelmarin berkata bahawa ia masih meningkat. Di bahagian timur, amaran banjir masih berkuat kuasa di Merced County yang terletak di kawasan pertanian Lembah Tengah, tempat Gabenor Gavin Newsom membuat lawatan pada Sabtu.

    Newsom kelmarin menandatangani perintah eksekutif untuk meningkatkan lagi tindak balas ribut kecemasan negeri dan membantu komuniti yang mengalami kerosakan. Presiden Joe Biden mengisytiharkan bencana besar di negeri itu dan mengarahkan bantuan persekutuan untuk menambah usaha pemulihan tempatan.

    Dalam pada itu, di California Selatan, matahari bersinar di Los Angeles, tetapi amaran ribut musim sejuk masih dilaksanakan untuk kawasan pergunungan, di mana banyak jalan tidak dapat dilalui disebabkan terhalang oleh lumpur dan gelongsor batu. Dua lorong arah utara Interstate 5 berhampiran Castaic di utara Los Angeles ditutup selama-lamanya selepas lereng bukit runtuh.

    Pusat bandar Los Angeles mencatatkan rekod hujan pada Sabtu dengan 1.82 inci, kata perkhidmatan cuaca. Sekurang-kurangnya 20 kematian berkaitan ribut telah berlaku, dan seorang budak lelaki berusia lima tahun masih hilang selepas dihanyutkan oleh air banjir dari kereta ibunya di San Luis Obispo County. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda