Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Hyeri abai komen negatif

    Pelakon Hyeri mendedahkan dia kerap membaca komen-komen di media sosial namun lebih memandang yang positif berbanding negatif.

    Menganggap ia salah satu aspek kerjanya, Hyeri berkata dia memilih untuk menutup komen warganet yang dilihat tidak menyukainya.

    “Sebenarnya, ada banyak komen baik daripada buruk, jadi tak apa. Bila saya melihat sesuatu tidak masuk akal, saya berkata pada diri sendiri, ‘orang ini mesti benar-benar tidak menyukai saya,’ dan tidak memikirkannya.

    “Tetapi kadang-kadang, ada komen yang saya tutup. Tapi saya menerimanya sebagai salah satu aspek kerja saya,” katanya.

    Pelakon drama My Roommate Is a Gumiho itu berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri sesi fotografi dan temu bual bersama majalah GQ Korea! keluaran April. – Agensi

    Hyeri tidak ambil hati dengan komen warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -