Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Kalah pilihan raya 2019 tak patahkan semangat

    Komposer yang juga merupakan anggota kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani merancang untuk kembali bertanding sebagai calon dalam pilihan raya Indonesia yang bakal berlangsung pada 2024.

    Dia menyatakan hasratnya itu dalam satu temu bual seperti dipetik dari Kapan Lagi.

    “Ya, pasti akan bertanding. Tahun 2024 nanti saya akan calonkan diri saya,” katanya.

    Bagaimanapun dia belum menyebut sama ada untuk bertanding sebagai calon kerajaan pusat atau sebagai wakil daerah.

    Pada tahun 2019, Ahmad Dhani bertanding dalam Pemilihan Ketua Daerah bagi kawasan Bekasi, Jawa Barat.

    Walaupun kalah ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam arena politik.

    Sementara itu, Ahmad Dhani kini sedang fokus dengan aktiviti seni bersama Dewa 19 yang akan menyambut ulang tahun kerjaya mereka ke-30.

    Selain merancang untuk mengadakan konsert di 30 lokasi, Ahmad Dhani juga akan melancarkan lagu baharu berjudul Juliette yang sudah ditulis sejak tahun 2010. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -