Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Konsert Hael Husaini ditunda

    Konsert Hael Husiani Live in KL yang sepatutnya berlangsung pada 4 Disember ini akan ditunda ke tarikh baharu iaitu 19 Februari 2023 bertempat di Zepp KL.

    Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Feros Sayna selaku Ketua Rocketfule Entertainment memaklumkan pihaknya memohon maaf atas penundaan tarikh baharu itu dan menjanjikan satu persembahan lebih bertenaga.

    “Pertama sekali, bagi pihak pengurusan kami ingin memohon maaf atas penukaran tarikh konsert tersebut.

    “Rocketfuel menjanjikan sebuah konsert yang penuh bertenaga yang berkonsepkan boogie shoes dimana penonton digalakkan sing-along serta dance-along sepanjang konsert,” katanya.

    Dalam masa sama, mereka juga berharap keputusan untuk menukar tarikh ini tidak akan mengecewakan peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya penyanyi lagi Jampi itu.

    Bagi peminat yang telah membuat pembelian, tiket mereka masih sah digunakan pada tarikh baharu berkenaan.

    “Kepada setiap pembeli tiket konsert, jangan risau kerana tiket tersebut kekal sah pada tarikh yang telah dijadualkan semula,” ujarnya. – Agensi

    Hael menjanjikan persembahan lebih bertenaga. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...