Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Menang saman, Nor Hidayah tunai hajat sedekah buah di surau

    Selepas menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menunaikan hajatnya untuk bersedekah di surau.

    Menerusi perkongsian di Instastory, Nor Hidayah atau mesra disapa sebagai Dayah membeli buah-buahan untuk disedekahkan di Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara.

    Nor Hidayah turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan kes itu dipermudahkan.

    “Terima kasih yang mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini kita di kedai buah.

    “Hendak beli buah dan kita hendak bersedekah untuk orang masjid.Kita bersedekah di surau, kita hantar.

    Selepas menang kes saman fitnah, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menunaikan hajatnya untuk bersedekah di surau. – Agensi

    “Alhamdulillah, lepas hajat. Terima kasih yang mendoakan Dayah dari awal hingga akhir,” katanya.

    Menerusi video tersebut juga mata Nor Hidayah kelihatan merah dan masih bergenang air mata kegembiraan.

    Terdahulu, media melaporkan Nor Hidayah menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33.

    Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan hari ini.

    Sehubungan itu Ali Puteh diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

    Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

    Pada 27 Ogos tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, mengeluarkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

    Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

    Ia sebagai tindakan balas terhadap Nor Hidayah yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...