Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Nashrain sandarkan harapan pada Dahlia

    Penyanyi Nashrain mengakui peluang kedua yang diberikan oleh label rakaman terbaharu tanah air, Armani Entertainment Group (AEG) tidak harus dipersiakan.

    Menghargai kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus berkongsi bakat dimiliki, Nashrain tampil memperkenalkan single pertama yang berjudul Dahlia, sebuah karya ciptaan Anas Amdan.

    “Alhamdulillah, syukur dengan izinNya saya diberikan peluang kedua yang tidak ternilai ini hasil kepercayaan pihak AEG yang ‘nampak’ bakat yang saya ada.

    “Platform yang disediakan pihak rakaman lengkap kerana mempunyai team yang cekap dan sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara,” ujarnya.

    Semenjak dilancarkan pada 29 Julai lalu, single Dahlia yang sudah pun meraih lebih 70,000 jumlah tontonan di YouTube dan rata-ratanya memberi respon yang sangat memberangsangkan.

    Nashrain tampil memperkenalkan single pertama yang berjudul Dahlia, sebuah karya ciptaan Anas Amdan. – Agensi

    “Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan. Walaupun masih baru saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil kerana kejayaan tidak diraih dalam sekelip mata.

    ”Kebanyakan komen yang saya terima, ramai yang tertunggu bila saya akan muncul dengan lagu baharu setelah tidak muncul dengan mana-mana single setelah sekian lama,” ujarnya.

    Bercerita lebih lanjut tentang single tersebut, Nashrain berkata, mempunyai signifikasi yang istimewa dalam hidupnya.

    “Lagu ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan, tambahan pula kita baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya bencana COVID.

    “Ramai yang kehilangan orang tersayang dan ada pula terpaksa berjauhan dengan keluarga. Sebagai ketua keluarga saya harus menggalas tanggungjawab ini demi mencari rezeki dan mengejar cita-cita,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Nashrain percaya hanya bakat yang mampu membawa seseorang itu pergi jauh dalam industri meskipun tidak menafikan kelebihan teknologi moden pada era ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...