Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pameran gambar pelarian Afghanistan tunjuk keindahan Albania

    TIRANA, ALBANIA – Pelarian Afghanistan di Albania baru-baru ini menganjurkan pameran mengenai tanggapan mereka terhadap negara kecil Balkan Barat itu.

    Pameran, ‘Albania from my eyes’ dibuka di Galeri Seni Tirana dengan gambar dari kira-kira 20 warga Afghanistan yang melarikan diri ke Albania pada musim luruh lalu.

    Bagi Madina Talash, 20, seorang pelajar perubatan yang datang bersama kakaknya, juga pelajar, pameran itu menunjukkan ‘keindahan sebuah negara’.

    “Pameran ini menunjukkan bagaimana orang lain melihat keindahan Albania,” katanya kepada The Associated Press.

    Tiba di Albania adalah sukar bagi mereka semua. Kira-kira 70 kakitangan Afghanistan dari American Councils for International Education dan keluarga mereka telah datang pada bulan Oktober manakala beberapa yang lain disokong oleh badan bola sepak global FIFA tiba sebulan kemudian. Mereka kini ditempatkan di sebuah pusat peranginan pelancongan yang terletak di sepanjang Laut Adriatik

    Madina Talash, dari Afghanistan, menunjukkan gambarnya yang dipamerkankan di pameran ‘Albania from my Eyes’ di Galeri Seni Negara di Tirana, Albania. – AP
    Kelihatan pengunjung melihat gambar yang dipamerkan di di pameran ‘Albania from my Eyes’. – AP

    Kira-kira 2,400 warga Afghanistan berpindah selepas Taliban kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu dan kini tinggal di Albania. Kira-kira 300 orang telah pergi, terutamanya ke Amerika Syarikat (AS).

    “Foto-foto menunjukkan betapa cantik dan berwarna-warni Albania dan betapa bersyukurnya rakyat Afghanistan,” kata Mohammad Zafar Jaamay, seorang profesor universiti 34.

    Anisa Ruseti, timbalan datuk bandar Tirana, sangat gembira melihat bagaimana orang Afghanistan telah melihat Tirana.

    “Kami sangat gembira mereka telah menemui cara ini untuk menunjukkan layanan kami,” katanya. “Kami kini merujuk satu sama lain sebagai kawan.”

    Firroz Mashoof, 34, seorang jurugambar yang datang ke Albania bersama isterinya, berkata rakyat Afghanistan mempunyai banyak perkara untuk diberitahu kepada dunia. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...