Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Raffi Ahmad ingin dalami ilmu agama

    Jika orang kata kehidupan lelaki bermula di usia 40 tahun, namun berbeza pula dengan selebriti Indonesia terkenal Raffi Ahmad yang mempunyai sasaran berlainan.

    Raffi yang kini berusia 35 tahun berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan banyak perkara melainkan mahu menjalani kehidupan yang lebih tenang dan gembira pada usia 40 tahun nanti.

    Malah suami kepada Nagita Slavina ini juga mendedahkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ustaz.

    “Saya mempunyai sasaran, orang kata untuk lelaki kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Tapi kalau saya, dah tak boleh, kehidupan gembira bermula 40.

    “Jadi, usia 40 itu dah tak boleh fikirkan terlalu banyak hal seperti sekarang. Sebenarnya saya teringin menjadi seorang ustaz,” kata Raffi.

    Tambah Raffi lagi, dia akan mempelajari lebih mendalam tentang ilmu agama di Kaherah atau Mesir bersama Ustaz Hanan Attaki sebaik saja urusan perniagaannya selesai.

    “Kalau segala urusan sudah selesai, saya nak pergi timba ilmu agama di Kaherah atau Mesir. Saya akan pergi ke sana bersama Ustaz Hanan Attaki,” ujarnya. – Agensi

    Raffi teringin belajar ilmu agama di Kaherah atau Mesir. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...