Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Tarikan seni orang-orangan

KOTA BAHARU – Orang-orangan lazimnya dibina di tengah sawah untuk menakut-nakutkan burung yang mengganggu tanaman padi, namun pemasangan 420 orang-orangan di padang Kota Seribong, Kota Baharu, Kelantan pasti menarik perhatian umum.

Patung dihasilkan menggunakan bahan terbuang seperti ranting kayu dan baju terpakai itu dipaparkan untuk pertandingan Pameran Seni Instalasi anjuran Persatuan Seniman dan Warisan (PESTA) Kelantan yang bermula pada 9 Oktpber lepas hingga Khamis .

Presiden PESTA Kelantan, Azman Daud berkata pertan-dingan itu bertujuan memperkenalkan seni instalasi atau pemasangan kepada masyarakat umum khususnya pelajar dan orang ramai yang kebanyakannya tidak pernah melihat orang-orangan di sawah.

“Pertandingan julung kali diadakan itu menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM20,000 telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 40 peserta yang terdiri daripada ahli persatuan dan orang awam.

“Ada dua kategori pertandingan iaitu individu dan berkumpulan,” katanya kepada pemberita di padang Kota Seribong, baru-baru ini.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz Nik Mohamed, 60, yang memenangi tempat pertama dan ketiga kategori individu berkata beliau menghantar dua penyertaan bagi kategori berkenaan dan menggunakan jerami padi dan baju lama untuk menghasilkan orang-orangan itu.

“Konsep orang-orangan yang saya hasilkan, yang pertama ialah mengingatkan orang ramai tentang solat dan kedua falsafah Melayu ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

“Saya mahu didik orang menerusi orang-orangan yang saya hasilkan ini,” katanya yang menerima hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat pertama dan RM600 (tempat ketiga). – Bernama

Instalasi orang-orangan di Padang Kota Seribong untuk menarik perhatian orang ramai. -Bernama
Pertandingan pameran orang-orangan itu mendapat sambutan daripada peserta apabila lebih 400 orang-orangan dipertandingkan. -Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -