Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Tiara Andini akui pertama kali pukul lelaki

Bergandingan dengan pelakon Jefri Nichol dalam filem terbaharu berjudul My Sassy Girl, pelakon Tiara Andini berkongsi salah satu babak yang memerlukan dia menampar hero.

Memetik laporan Kapanlagi, Tiara mengakui dia pada mulanya tidak selesa untuk menampar pelakon utama lelaki dalam filem tersebut iaitu Jefri.

Berkongsi mengenai babak tersebut, Tiara berkata dia yang berasa sakit sehingga tangannya lebam kesan akibat menampar Jefri.

“Awalnya saya tidak rasa selesa, sebab saya pertama kali tampar lelaki dalam filem ini. Sekali ada babak tampar dan orang itu ialah Jefri Nichol.

“Aduh, perlu kuatkan mental juga. Saya yang pukul dia, saya yang rasa sakit. Sakit sangat, sampai jadi lebam. Bukan dia yang sakit, saya yang ada lebam.

“Mungkin kerana saya tak pernah berlatih memukul orang seperti itu. Katanya mesti ada teknik,” katanya.

Selain Tiara dan Jefri, filem tersebut turut dibintangi oleh Raja Giannuca, Petrus Mahendra, Ibnu Wardhani, Mahalini, Indy Barends serta Surya Saputra. – Agensi

Tiara berkongsi pengalaman pertama kali melakonkan babak menampar hero. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -