Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tom Holland alami kecelaruan minda, henti guna media sosial

    Pelakon Hollywood, Tom Hollland mengambil keputusan mengejut untuk berehat dari media sosial kerana masalah mental yang dialaminya.

    Menurut Holland, 26, dia terlalu banyak membaca cerita tentang dirinya di platform tersebut sehingga menyebabkan dia berfikir bahawa dirinya tidak cukup menghiburkan.

    “Saya mahu berehat dari media sosial kerana masalah kesihatan mental. Saya berasa bahawa Instagram dan Twitter terlalu merangsang pemikiran dan apabila membaca tentang diri sendiri ia memberi kesan mudarat ke atas kesihatan mental.

    “Saya mengambil keputusan untuk berundur dan memadam semua aplikasi tersebut,” katanya.

    Pelakon filem Spider-Man: Homecoming ini menjelaskan perkara tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. Dalam rakaman video yang sama, Holland juga berkongsi nasihat supaya tidak malu untuk mendapatkan rawatan terapi jika mana-mana individu lain turut mengalami masalah sama sepertinya. “Terdapat stigma buruk terhadap masalah kesihatan mental dan kita tidak perlu malu untuk mendapatkan bantuan,” jelasnya. – Agensi

    Tom Holland menggesa orang ramai agar tidak malu untuk mendapatkan rawatan terapi jika mengalami kecelaruan minda. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...